Monday 25 April 2011

OH....WANGINYA......

DARI pejabat mahu terus ke hotel bagi memenuhi undangan berbuka.Mahu pulang ke rumah dahulu untuk mandi dan bertukar pakaian memang tidak sempat.Nasib baik wangian kesayangan sentiasa ada dalam beg tangan.dapatlah disemburkan pada pakaian agar berbau lebih segar dan yakin untuk bertemu kenalan atau si dia.

Sudah menjadi kebiasaan pelbagai pengeluar haruman memperkenalkan wangian terbaru menjelangnya ramadan.mungkin satu daripadanya boleh dijadikan teman setia anda pada bulan puasa ini. 

Sungguh memikat 

Sambutan hangat diterima haruman Miss Dior sejak kali pertama diperkenalkan,mendorong Dior terus menghasilkan wangian terbaru dalam rangkai ini.Terbaru ,Miss Dior Cherrie eau de Toilette yang melambangkan musim bunga di Paris.Sesuai untuk wanita periang dan berjiwa bebas.

http://www.chic-cityrats.net/image/produit/fullsize/198_1.jpg 

Buat si dia

Hadiahkan suami anda dengan satu daripada himpunan haruman The big Pony daripada Ralph Lauren.Ada empat pilihan,The Sporty Fragarance (Citrus Aromatic),The Seductive Fragarance (Oriental Faugere),The Adventurous Fragrance (Fougere Woody) dan The Stylish Fragrance (Woody Fruity).Ada 40ml (RM148),75ml (RM170),dan 125ml (RM233).

http://www.lizdee.com/images/ralph-lauren-polo-blue-125ml-barbatesc.jpg 
Lambang Ikonik
 Bagaikan satu lagenda bagi Dior,haruman J'adore menjadi pilihan ramai pencinta minyak wangi.Botolnya yang sangat elegan dengan likaran keluli keemasan pada leher  botol adalah tarikan wangian ini.Bermula 2004,Charlize Theron tampil sebagai wajah haruman ini.Edisi terhad J'adore yang dihias batu permata tulin yang berukir parap terkenal,'CD' tentu menjadi rebutan.
http://www.lizdee.com/images/200909130209386710.jpg

Keceriaan segar

Dihasilkan bersempena ulang tahun ke 100 Elizabeth arden ,wangian edisi terhad 5th avenue Gold menampilkan kemewahan 5th avenue asli,di samping keindahan bunga-bungaan dan keceriaan segar semula jadi.Botolnya berinspirasikan latar langit Manhattam serta reka bentuk lagenda 5th avenue yang tersendiri.Ada 125ml dan dijual pada harga RM265

http://ecx.images-amazon.com/images/I/31a3tujJ-QL._SL500_AA300_.jpg 
Si kecil sayang

Bermaksud si kecil sayang,Petite Cherie dicipta Annick Goutal khas untuk ulang tahun ke 18 anak perempuannya , Camille.Penciptanya pernah mengatakan bahawa ia wangian yang mahu dicium.Menampilkan bauan yang manis,segar dan nakal.Pada 2010, Annick Goutal sekali lagi melancarkan haruman ini yang diserikan dengan riben berbintik polka era 1950-an,sangat comel.

http://www.99perfume.com/image/PETITE_CHERIE_W.jpg 
Mencipta kenangan

Kini anda boleh miliki wangian terkenal daripada Emiriah Arab Bersatu (uae),Ajmal Perfumes dengan pembukaan butik pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur.Tampil dengan falsafah jenama Mencipta Kenangan (Crifting Memories) kerana mereka percaya bahawa haruman boleh mencipta kenangan khusus yang abadi dalam hidup seseorang.

http://static2.amefiles.com/images/news/1/899021-large_ajmal.jpg 
Laut dan bumi 
 Haruman terbaru Giorgio Armani,Acqua di Gioia bagaikan kegembiraan yang membelai kulit.Meraikan wanita dan alam semula jadi.Diilhamkan daripada pulau yang menjadi pilihan pengasasnya untuk berehat.Pulau di mana air hujan dan semburan laut bersatu menghasilkan cecair yang membangkitkan semangat subur dan segar.Ada EDP 50ml
http://perfumes-bg.com/files/armani-acqua-di-gloia-%D0%B7%D0%B0-%D0%B6%D0%B5%D0%BD%D0%B8-100-%D0%BC%D0%BB..jpg 
Bagaikan udara
"Bauan yang biasa dan indah sebagaimana udara yang kita bernafas."Bergitulah gambaran Issye Miyaki ilham disebalik A Scent By Issey Miyake pada fasa komposisi Eau de Toilette yang diperkenalkan pada 2009.Setahun kemudian,Haruman ini tampil pula dalam bentuk Eau de Parfum yang mengetengahkan bauan yang lebih mewah.Ada 40ml (RM278) dan 80ml (RM378).
http://www.omfragrances.com/images/A-Scent.jpg
 
Cahaya bulan

Penutup botolnya sangat unik, melambangkan sepasang kekasih berjalan-jalan di bawah cahaya bulan.Itulah tarikan wangian terbaru Sisley Paris,Soir De Lune menampilkan bauan yang tersendiri.anggun dan mewah.Ada 30ml, 50ml dan 100ml.Haruman ini turut dilengkapi gel mandian dan krim badan pelembap.

http://quyenbtx.files.wordpress.com/2011/03/perfume-sisley.jpg



Sensual

Dia moden, nakal dan berani.Jika bakal isteri anda berperibadian sebegini,wangian terbaru Ninna Ricci, Dancing Ribbon sesuai buatnya.Botolnya menarik, berpenutup reben kaca merah.Haruman edisi terhad ini ada EDP 50ml, dijual pada harga RM253 (semenajung) dan RM266 (sabah / sarawak)

http://img.feelunique.com/img/products/Nina_Ricci_Dancing_Ribbon_Eau_De_Parfum_50ml1299835016.jpg 
Seirama

Loud daripada Tommy Hillfiger ada untuk lelaki dan perempuan.Rangkaian untuk lelaki ada EDT 40ml (RM155) dan 75ml (RM220) serta semburan deodoran,75ml (RM95).Untuk perempuan pula,EDT 40ml(RM155) dan 75ml (RM220) dan semburan deodoran, 75ml (RM95)

http://www.sassisamblog.com/wp-content/uploads/2010/11/LOUD_Duo_Bottle.jpg 
Dewi

Wangian edisi terhad Bronze Goddess Soleil melengkapi himpunan haruman musim panas mengagumkan daripada Estee Lauder.Bagaikan 'kepanasan' matahari dalam botol,haruman ini berciri segar,sofistikated,berkilau dan penuh kewanitaan.Ada 100ml (rm190)

http://www.punmiris.com/himg/o.8295.jpg 
Emosi

Mood Magic daripada Nutox dihasilkan dengan matlamat mempertingkatkan emosi pemakainya.Rangkaian haruman ini ada Mood Magic Alive,Mood MagicCrave,Moog Magic Chill.Pada harga RM39 setiap satu,anda boleh memberikan kelima-lima botol wangian ini sebagai hantaran buat si ratu hati.

http://www.thestar.com.my/archives/2011/1/27/lifeliving/f_p14magic.jpg 
Lembut

L'occitane menggabungkan wangian lembut bunga Plum dengan aroma kelazatan Plum dalam rangkaian haruman terbaru jenama ini,Plum Blossom.Ada EDT 100ml (RM189), Intense EDT Roll - on,1oml (RM90) ; gel pelempab kulit,200ml (RM100); gel mandian mengilat,200ml (RM80) dan pengilat bibir,15ml (RM53)
http://img.rasset.ie/0004650e-270.jpg

No comments:

Post a Comment